
Preakas berkata, siasatan sedang berjalan melibatkan insiden itu mesti menyeluruh, termasuk penilaian semula keselamatan kawasan kediaman berdekatan jajaran paip gas.
“Kerajaan mesti memastikan kawasan ini selamat dan dijalankan penelitian menyeluruh situasi.
“Kita perlu kepada penilaian semula sama ada adalah selamat membina rumah dekat dengan paip gas,” kataya kepada FMT di pos kawalan tempat kejadian di Putra Heights.
Walaupun pihak berkuasa memberi jaminan kepadanya kawasan berkenaan selamat, namun penduduk berhak mendapat jaminan lanjut daripada pakar, mengambil kira apa yang dilalui mereka sejak beberapa hari lalu.
“Kita perlu adil kepada penduduk. Mereka melalui trauma yang signifikan.
“Itulah sebabnya kita mahu semua agensi berwajib dan pakar memberi jaminan sewajarnya kawasan ini selamat untuk mereka kembali pulang,” katanya.
Kebakaran yang meletus pada pagi Selasa, menyambar saluran paip sepanjang 500m, mengakibatkan 111 melecur selain ada mengalami masalah pernafasan.
Kebakaran itu juga menjejas atau memusnahkan hampir 400 kenderaan, sekali gus memaksa 538 penduduk daripada 120 keluarga berpindah ke dua pusat pemindahan sementara.
Preakas berkata, antara kebimbang terbesar mangsa adalah aksesn kepada maklumat dipercayai, selain terus menekankan kepada saluran rasmi tunggal supaya mereka diberi makluman berhubung perkembangan terkini situasi.
“Mereka juga mahu penyelarasan lebih baik daripada pihak berkuasa, terutama dari segi permohonan bantuan menggantikan kereta, rumah, dan barangan keperluan lain yang rosak,” katanya.
Adun DAP itu berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk menentukan pilihan bagi penduduk yang mana kediaman mereka rosak teruk akibat kebakaran, meskipun belum ada garis masa mengenai penempatan semula.
Beliau mengulangi bahawa pampasan tertakluk kepada penilaian setiap kediaman, dengan beliau sedang berhubung agensi berkaitan untuk kenal pasti jenis sokongan dapat diberikan.
“Ada mungkin memerlukan penggantian rumah, mungkin ada terpaksa menyewa. Semua ini antara faktor kena dipertimbangkan.”