
Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, berkata persetujuan itu dicapai susulan pertemuan antara pemilik anjing berkenaan dengan pihak berkuasa berkaitan, hari ini.
“Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Pejabat Veterinar Baling untuk dilupuskan secara ditidurkan mengikut prosedur,” katanya kepada Bernama.
Selain itu, katanya, Majlis Daerah Baling mengeluarkan dua kompaun kepada pemilik berkenaan atas kesalahan membela anjing tanpa lesen.
Semalam, Bernama melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua anjing berkenaan yang terlepas daripada sangkar dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.
Semua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.