Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 5 sen

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 5 sen

Penetapan harga RON97 seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia.

PETALING JAYA:
Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi minggu mendatang.

Harga runcit bagi diesel bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan turut kekal dalam tempoh yang sama, iaitu 3 Apr hingga 9 Apr.

Bagi Malaysia Barat, harga diesel kekal pada paras RM3.03 manakala bagi Malaysia Timur pula RM2.15 seliter.

Harga runcit bagi petrol RON97 pula naik 5 sen, daripada RM3.28 seliter kepada RM3.33.

Kementerian Kewangan menjelaskan penetapan harga RON97 itu seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.