
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata tiga lagi lelaki cedera dalam kejadian itu.
Beliau berkata, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam bergegas ke lokasi, selepas menerima panggilan pada 1.08 pagi tadi.
“Kebakaran dipadamkan sebelum pihak bomba sampai. Terdapat empat mangsa lelaki tempatan berusia 20-an.
“Seorang mangsa parah di bahagian kaki kiri, kaki kanan dan tangan kanan, manakala tiga lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, semua mangsa diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.