
Presiden Moses Ripai berkata sokongan kepada parti itu dalam kalangan masyarakat Dayak yang pelbagai, termasuk Bidayuh dan Orang Ulu, semakin meningkat, lapor Borneo Post.
Beliau berkata PBDS sebagai suara orang Dayak mahu memastikan masyarakat itu boleh maju bersama komuniti lain.
“Saya sentiasa mengingatkan masyarakat Dayak supaya kekal ‘segulai sejalai’ (seiring sejalan),” katanya dipetik sebagai berkata.
Parti itu bertanding 11 kerusi pada PRN lalu tetapi tidak memenangi satu kerusi pun.
Pada 2022, Pengerusi Tetap John Brian Anthony dilapor berkata mereka bercadang untuk bertanding di 29 daripada 82 kerusi DUN.
Semalam, Moses mendedahkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, menyertai partinya. Entulu kemudian dinamakan sebagai ketua bahagian PBDS Selangau.
PRN Sarawak akan datang mesti diadakan menjelang April 2027.