
PLUS Malaysia Berhad berkata, pengguna menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
“Pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE nenerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan.
Ia menasihatkan pengguna merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map.
Saluran paip sepanjang 500m di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar akibat kebocoran saluran paip gas pada 8.10 pagi tadi.