
Ketua Polis Barat Daya, Sazalee Adam, berkata punca kejadian akibat perselisihan tapak penjualan mercun antara dua premis menjual mercun.
“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya bersama Balai Polis Bayan Lepas ke lokasi kejadian, selepas menerima maklumat kes pergaduhan itu kira-kira 10.15 malam.
“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh singkat susulan tangkapan 10 lelaki berumur 15 hingga 41 tahun dipercayai terbabit dalam insiden itu,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, semua suspek direman tiga hari hingga 3 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, tular beberapa gambar dalam media sosial berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki.