1 hilang dihanyut kepala air di Melaka

1 hilang dihanyut kepala air di Melaka

Tiga lagi lelaki berusia 24 hingga 27 tahun selamat, dengan seorang daripadanya cedera ringan.

Tangkap layar video tular menunjukkan anggota bomba mendengar penerangan orang awam berhubung mangsa hilang dalam kejadian kepala air di Laman Tiga Budaya dekat Jasin semalam.
PETALING JAYA:
Tiga lelaki selamat, manakala seorang lagi dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air ketika bermandi-manda di air terjun dekat Laman Tiga Budaya di Asahan, Jasin, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 27 tahun selamat.

“Seorang daripada mangsa cedera ringan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin serta Melaka Tengah bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada 4.54 petang Isnin.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu tujuh anggota dari BBP Tangkak, termasuk dua anggota Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.