Subsidi RON95: Pengusaha stesen minyak seru kejelasan guna MyKad

Subsidi RON95: Pengusaha stesen minyak seru kejelasan guna MyKad

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia berkata kejayaan pelaksanaan subsidi RON95 bergantung keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan.

petrol minyak
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia menekankan pampasan sewajarnya perlu diberikan andai andai terdapat kos tambahan perlu ditanggung susulan pelaksanaan program subsidi RON95.
PETALING JAYA:
Pengusaha stesen minyak mahu kerajaan menjelaskan penggunaan MyKad dalam pelaksanaan subsidi bersasar RON95, memandangkan tidak dilibatkan dalam sesi libat urus.

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata, pihaknya masih tidak mendapat maklumat terperinci mengenai pelaksanaan subsidi tersebut.

Pihaknya mengulas kenyataan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, pada Khamis sebagai berkata, kerajaan akan mengumumkan mekanisme rasionalisasi subsidi RON95 menggunakan MyKad pada separuh pertama tahun ini.

PDAM berkata, walaupun menghargai usaha kerajaan memastikan peralihan lancar, terdapat beberapa kebimbangan utama yang masih belum dijelaskan.

Persatuan itu berkata, kejayaan pelaksanaan subsidi RON95 bergantung kepada keupayaan pengusaha stesen minyak menyesuaikan diri dengan perubahan berlaku agar ia tidak memberi kesan kepada pengguna.

“Pengusaha stesen minyak merupakan antara pemegang taruh utama dalam rantaian bekalan bahan api, dan tanpa penglibatan kami, terdapat risiko gangguan operasi yang boleh menjejaskan keseluruhan sistem,” katanya dalam kenyataan.

PDAM juga menekankan pampasan sewajarnya perlu diberikan andai andai terdapat kos tambahan perlu ditanggung susulan pelaksanaan program subsidi RON95.

Justeru, PDAM menggesa pihak berkuasa berkaitan segera berunding dengan pihaknya bagi menangani kebimbangan disuarakan dan merangka pelan pelaksanaan yang lebih praktikal serta mampan.

“Kami komited bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan peralihan adil dan berkesan kepada semua pihak berkepentingan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.