Penumpang bot ekspres hilang lepas jatuh sungai

Penumpang bot ekspres hilang lepas jatuh sungai

Awang Indera Awang Mahmud, 45, terjatuh dari bot ekspres dalam kejadian di Tanjung Manis, kira-kira 104km dari Sibu.

Bomba Sarawak berkata, SAR dijadual bersambung esok berikutan keadaan gelap. (Gambar Freepik)
SIBU:
Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104km dari sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 petang.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25km,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.