Pemilihan PKR: Setpol MB Selangor tanding MPP

Pemilihan PKR: Setpol MB Selangor tanding MPP

Saifuddin Shafi Muhammad berkata beliau komited menawarkan kepimpinan yang memupuk inspirasi, membina keyakinan dan membawa perubahan realistik dan berani.

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, umum sertai persaingan untuk tempat dalam MPP PKR. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengarah Strategi PKR Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad mengumumkan bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti Mei ini.

Beliau yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau mahu merapatkan jurang antara akar umbi dan pemimpin yang memerlukan perhatian lebih progresif dan strategik.

“Dengan panduan dan inspirasi daripada kepimpinan terdahulu serta pengalaman saya dalam pentadbiran kerajaan dan parti, saya dengan rendah hati menawarkan diri sebagai wakil anda di MPP pada penggal akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata beliau komited menawarkan kepimpinan yang memupuk inspirasi, membina keyakinan dan membawa perubahan yang realistik dan berani.

“Kita memerlukan MPP yang tidak gentar memimpin, tidak takut berubah, dan berani berdepan dengan cabaran,” katanya.

Menurutnya, menjelang pemilihan beliau akan turun ke bahagian-bahagian di seluruh negara untuk menyampaikan mesej agenda reformasi yang telah dilaksanakan di peringkat kerajaan.

“Saya mahu mendengar sendiri pandangan, harapan, dan cadangan daripada akar umbi,” katanya.

Pemilihan jawatankuasa sayap Wanita dan Pemuda peringkat bahagian akan diadakan pada 11 hingga 20 April, manakala untuk MPP dan ketua sayap Wanita serta Pemuda pada 24 Mei.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.