
Kemalangan kira-kira 11.48 malam itu turut mengakibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler terbakar.
Kejadian turut mengakibatkan tujuh mangsa mengalami kecederaan manakala tiga lagi dilaporkan selamat.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Nizar Mamun mengesahkan ada mangsa yang maut namun butiran lanjut mengenai kejadian.
Katanya, pihaknya yang tiba di lokasi dengan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati berlaku kebakaran membabitkan MPV Honda Stepwagon dan treler.
“Kemalangan juga membabitkan Toyota Camry dan Proton X50.
“Tiga mangsa dalam Toyota Camry terselamat tanpa kecederaan, sementara seorang lelaki dan seorang wanita dewasa dalam Proton X50 mengalami kecederaan.
“Pemandu treler, seorang lelaki dewasa, turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, maklumat awal mendapati tiga mangsa dalam Toyota Camry selamat, sementara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam Proton X50 cedera.
“Seorang lelaki dalam treler juga cedera. MPV Honda Stepwagon pula membawa seorang lelaki, empat perempuan, serta dua kanak-kanak, membabitkan seorang lelaki dan seorang perempuan (butiran lanjut keadaan mangsa masih dalam siasatan),” katanya.
Katanya, operasi itu membabitkan 13 anggota bersama tiga jentera, LFRT, FRT, dan EMRS.