
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah Terengganu, Aizi Saidi Abd Aziz, berkata Hakim Syarie Mat Ropi Busu memerintahkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan.
“Dia membayar denda dikenakan dan kini sedang menjalani hukuman penjara di Pusat Tahanan Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan sehingga 28 Mac ini,” katanya menurut Kosmo.
Wanita tersebut didakwa mengikut Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.
Aizi Saidi berkata, pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pendakwa Syarie Khanurulhajja Mustaffa.
Beliau berkata, sebelum itu, wanita tersebut ditahan dalam serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheat) dalam Op Supik Hitam di sebuah rumah di Setiu, pada 12.15 tengah hari, 18 Mac.
“Dia ditahan selepas menjual makanan dan minuman kepada individu dipercayai tidak berpuasa.
“Perbuatannya menjual dan membekal makanan kepada orang Islam pada waktu siang amat tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya.