
Jamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan beliau dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu.
“Sebelum itu, saya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.
“Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI), doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar 3cm,” katanya menurut Berita Harian.
Jamal meminta orang ramai mendoakannya segera sembuh daripada penyakit dihidapinya itu.
Sebelum ini, media melaporkan Jamal beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.
Kesihatan Jamal merosot sejak September 2022 menyebabkannya berada dalam keadaan lemah dan kehilangan berat badan.