ASNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.5 sen, ASM 5 sen seunit

ASNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.5 sen, ASM 5 sen seunit

ASNB umum bayaran agihan pendapatan RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

asnb
Amanah Saham Nasional Bhd berkata ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi RM0.80 bilion, manakala ASM mencatatkan RM1.55 bilion.
KUALA LUMPUR:
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

PNB dalam satu kenyataan berkata pembayaran itu melibatkan dua dana harga tetapnya iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

“ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.73 bilion, bersamaan 5.5 sen seunit kepada 614,309 pemegang unit, yang kini memiliki 14.12 bilion unit.

“Manakala ASM mengisytiharkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM1.45 bilion, bersamaan dengan 5 sen setiap unit, kepada 740,513 pemegang unit dengan 29.14 bilion unit.

“Setakat 20 Mac 2025, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM0.80 bilion, manakala ASM mencatatkan RM1.55 bilion,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.