Minyak masak terpakai dijangka jadi ‘komoditi penting’, kata menteri

Minyak masak terpakai dijangka jadi ‘komoditi penting’, kata menteri

Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad kata minyak masak terpakai sekarang digunakan sebagai bahan api lestari, antara lain.

minyak masak
Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad ingin lihat rangkaian kumpul minyak masak terpakai untuk guna semula diperbanyakkan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Minyak masak terpakai yang lazimnya dibuang sehingga menyebabkan pencemaran dijangka jadi komoditi penting, kerana sekarang ia digunakan antara lain untuk bahan api lestari, kata menteri.

Justeru, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berharap rangkaian mengumpul minyak masak terpakai untuk guna semula diperbanyakkan, dalam usaha mengelakkan pencemaran dan mengurangkan pelepasan karbon.

Beliau menjelaskan usaha tersebut sudah pun dimulakan termasuk di kawasan perumahan, sekolah dan rumah ibadat, selain bazar Ramadan.

“Benda ini memang sudah ada rangkaian… kita nak tengok pembinaan rangkaian lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita selepas program FatHopes Bersama Ekosetiawangsa di Setapak Jaya.

Menteri turun ke bazar hari ini bagi meninjau usaha mengumpul minyak masak terpakai untuk guna semula yang melibatkan pengusaha dan FatHopes.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata penggunaan bahan api lestari akan menjadi lebih penting dalam beberapa tahun ini di peringkat antarabangsa.

“Harap lebih banyak rangkaian ini supaya tak mahu ada sebarang minyak masak terpakai ni tak dapat diguna semula,” katanya.

Pada Jun tahun lalu, Nik Nazmi mengumumkan kerajaan muktamad dengan sasaran untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Dalam ucapannya sempena Persidangan Pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab 2024, usaha mencapai sasaran itu memerlukan sokongan semua pihak merangkumi institusi kewangan, syarikat serta dengan rangka dasar kerajaan yang relevan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.