Terengganu umum Ahad hari kelepasan am sempena Aidilfitri

Terengganu umum Ahad hari kelepasan am sempena Aidilfitri

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan cuti peristiwa bagi Terengganu.

Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri itu. (Gambar Facebook)
KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai hari kelepasan am sempena Aidilfitri.

“Kerajaan negeri bersetuju menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025, sebagai cuti peristiwa atau hari kelepasan am sempena Aidilfitri 1446 Hijrah.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Mac ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.