
Dalam ucapannya semasa Hari Polis ke-218, Anwar mendedahkan kejadian itu berlaku ‘satu atau dua hari lalu’ dan kerajaan enggan mematuhi tuntutan berkenaan.
“Semalam, kami membincangkan serangan siber yang memberi kesan serius kepada MAHB. Perbincangan tertumpu kepada cara menyelesaikan perkara itu termasuk tuntutan USD10 juta daripada penggodam.
“Saya tidak menunggu lima saat pun sebelum berkata tidak,” katanya.
Anwar berkata, keselamatan negara akan terancam jika pemimpinnya tunduk kepada penjenayah, sama ada dalam atau luar negara.
Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu tetapi menekankan keperluan peruntukan tambahan untuk polis dan bank pusat bagi mengukuhkan pertahanan mereka terhadap serangan siber.