Polis buru suspek curi kabel selepas dikejar

Polis buru suspek curi kabel selepas dikejar

Suspek meninggalkan kereta sewa selepas dikepung polis dan melarikan diri.

Tangkap layar video menunjukkan sebuah kereta polis tiba di tempat kejadian dan seorang lelaki dikejar individu lain bersama dua anggota polis.
PETALING JAYA:
Polis giat memburu seorang lelaki dipercayai mencuri kabel telekomunikasi yang melarikan diri selepas dikejar awal pagi tadi.

Ketua Polis Sentul, Sukarno Zahari, berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta peronda (MPV) polis mengejar kenderaan suspek dari Taman Rainbow di Sentul sehingga Jalan Kuching kira-kira 3.45 pagi.

Selepas MPV mengepung kereta itu dan didekati sebuah lagi kereta polis, suspek melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan digunakannya.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menjumpai peralatan untuk mencuri kabel.

“Tindakan mengesan (suspek) masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semakan ke atas kenderaan ditinggalkan itu mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat sewaan kenderaan.

Terdahulu, video tular 26 saat di X menunjukkan sebuah kereta polis dengan siren masih berbunyi tiba di lokasi dan seorang lelaki dikejar seorang lagi individu di tepi jalan.

Dua anggota polis dilihat turut mengejar lelaki terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.