
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata semua suspek itu ditahan dalam tiga serbuan di Taman Puchong Utama, Kota Damansara dan Taman Sentosa Perdana, Klang.
Katanya, ketiga-tiga suspek berusia 20-an itu dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Puchong Utama baru-baru ini.
“Susulan penahanan itu, polis menemukan semula barangan mangsa yang dicuri dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya lapor Bernama.
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes mencuri barangan dalam kereta yang diparkir di Taman Subang Mas.
Wan Azlan berkata lelaki itu ditahan di Taman Alam Nyata, Shah Alam dan polis turut menemui barangan yang dicuri bersama suspek.
“Siasatan mendapati suspek memiliki 10 rekod jenayah dan narkotik serta mengaku terbabit dalam kes ini,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.