
Dalam kejadian kira-kira 1.20 tengah hari itu menyebabkan Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, maut di lokasi kejadian manakala Abd Aziz Othman, 73, disahkan meninggal dunia di Hospital Temerloh, lapor Bernama.
Ketua Polis Maran Wong Kim Wai berkata pemandu kereta itu, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru sekolah pondok mengalami kecederaan dada dan kini dirawat di Hospital Jengka.
Semua mangsa yang meninggal dunia adalah penuntut di sekolah pondok berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor menghala ke Jengka 21.
“Apabila tiba di lokasi kejadian kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun di sebelah kanan dan melanggar pokok,” katanya.