
Katanya, PPP memainkan peranan yang lebih penting di Sarawak kerana kira-kira 50% fasiliti kesihatan tidak mempunyai doktor.
“Berdasarkan standard kebangsaan, dianggarkan kita perlu tambahan 50% doktor – hampir 2,000 lagi – hanya untuk penuhi nisbah yang diperlukan.
“Disebabkan jurang ini, PPP pikul tanggungjawab penting untuk pastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berjalan lancar,” katanya, lapor Borneo Post.
Sim yang juga menteri kesihatan awam negeri berkata, sekurang-kurangnya 203 kekosongan jawatan PPP perlu diisi segera.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad kerana mengambil langkah memperkasakan peranan PPP, termasuk cadangan perundangan yang membenarkan mereka mengeluarkan preskripsi ubat biasa untuk penyakit ringan.
Awal bulan ini, Dzulkefly mengumumkan bahawa KKM akan mengeluarkan pekeliling tidak lama lagi membolehkan PPP mengeluarkan preskripsi ubat kategori khusus bagi demam, batuk dan cirit-birit.