
PETALING JAYA: Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara dan melarikan sejumlah barang kemas pada 5 petang tadi.
Suspek yang memakai topeng muka serta baju berhud dilaporkan mengacukan pistol ke arah pekerja kedai emas sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta, lapor Bernama.
Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.