Doktor didakwa rogol, seks luar tabii pembantu klinik

Doktor didakwa rogol, seks luar tabii pembantu klinik

Dr Rafiuddin Hamidon didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 21 tahun di bilik stor sebuah klinik di Pantai Dalam.

Rogol Pembantu Klinik
Dr Rafiuddin Hamidon diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR:
Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan seks luar tabii dengan pembantu kliniknya di sebuah klinik di Pantai Dalam, minggu lalu.

Dr Rafiuddin Hamidon, 34, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zaki Salleh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di dalam bilik stor klinik berkenaan.

Dia turut didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan kesalahan dilakukan di tempat sama antara 4 dan 5 pagi pada 15 Mac.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara lima dan 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli berkata tertuduh adalah pengamal perubatan am yang menyara isteri dan tiga anaknya termasuk bayi yang baru lahir.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Rafiuddin menyerahkan pasportnya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.