Harga diesel Semenanjung turun 3 sen, RON97 kekal

Harga diesel Semenanjung turun 3 sen, RON97 kekal

Harga baharu itu kuat kuasa esok hingga 26 Mac.

PETALING JAYA:
Harga diesel Semenanjung turun tiga sen iaitu akan dijual pada RM3.03 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan, berkata manakala harga RON95 dan RON97 kekal.

Harga RON95 kekal RM2.05 seliter dan RON97 RM3.28 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula kekal pada harga subsidi RM2.15 seliter.

Harga baharu itu berkuatkuasa esok hingga 26 Mac.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.