Setpol Anwar, Kamil Munim tawar diri tanding ketua Pemuda PKR

Setpol Anwar, Kamil Munim tawar diri tanding ketua Pemuda PKR

Muhammad Kamil Abdul Munim ketika ini adalah timbalan ketua Pemuda.

Muhammad Kamil Abdul Munim
Muhammad Kamil Abdul Munim mahu perkukuh sayap Pemuda PKR bermula di akar umbi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Muhammad Kamil Abdul Munim menawarkan diri bertanding ketua Pemuda PKR menjelang pemilihan parti itu pada Mei ini.

Kamil yang juga setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, berkata langkah itu bagi perkukuh sayap PKR itu, selain menekankan proses ‘regenerasi’ bermula daripada akar umbi.

“Insya-Allah saya menawarkan diri sebagai ketua Pemuda PKR dan berharap diberi peluang untuk mengetuai Pemuda,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau yang juga timbalan ketua Pemuda, berkata PKR sebagai parti meraikan demokrasi membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang layak menawarkan diri bertanding pada pemilihan parti.

Ketika ini, jawatan Ketua Pemuda PKR disandang Adam Adli Abdul Halim, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Pada 8 Mac, Adam mengumumkan bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.