
Peguam Besar Sabah Brenndon Keith Soh menegaskan, dakwaan itu ‘bukan sahaja remeh dan menyusahkan, malah tidak berasas’ memandangkan terdapat litigasi yang sedang berlangsung antara pihak-pihak terbabit.
Soh tidak memberikan butiran lanjut mengenai tuntutan mahkamah baharu yang dikemukakan terhadap kerajaan negeri itu, mahupun dakwaan khusus yang dibuat terhadapnya.
“Kami membantah dakwaan ini sekeras-kerasnya dan akan memaklumkan kehadiran kami (di mahkamah) hari ini,” katanya dalam kenyataan.
“Perkara itu akan didedahkan sepenuhnya di mahkamah, dan kami percaya keputusan yang betul akan dibuat pada masa yang tepat.”
Soh juga berkata, kerajaan negeri akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu apabila tiba masanya.
Pada 2021, mahkamah memerintahkan kilang pulpa dan kertas itu menggulung perniagaannya kerana gagal membayar hutang.
Pada masa itu, syarikat itu antara penanam balak dan pemproses kayu terbesar di negara ini, namun mengalami masalah kewangan selama beberapa dekad.