Polis siasat kes pembantu pengurusan murid kasari budak autistik

Polis siasat kes pembantu pengurusan murid kasari budak autistik

Polis mengesan video dimuat naik di TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu.

SHAHRULNIZAM JA'AFAR
Menurut Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar, ibu murid terbabit telah hadir memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya mengesan video dimuat naik dalam aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu pada 3 petang semalam.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ibu kepada murid terbabit juga telah hadir memberi keterangan kepada polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.