
Fahmi percaya ada ruang untuk beliau menabur bakti kepada parti sebagai salah seorang daripada empat naib presiden.
“Pertandingan dalam PKR adalah pertandingan dalam keluarga, dan kita berusaha untuk bertanding secara sihat, elak daripada elemen-elemen tidak baik.
“Saya dan pasukan akan beri idea terbaik kerana PKR merupakan parti yang berpandang jauh ke depan,” katanya kepada pemberita di tepian acara di Kuala Lumpur.
Fahmi, yang juga menteri komunikasi, merupakan pemimpin kelima yang menyertai persaingan naib presiden.
Penyertaan kali ini merupakan cubaan kali kedua bagi beliau selepas pemilihan 2022.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar turut mengumumkan penyertaannya semalam.
Empat naib presiden yang terpilih pada 2022 adalah Amirudin Shari (menteri besar Selangor), Aminuddin Harun (menteri besar Negeri Sembilan), serta Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Lih Kang (menteri persekutuan).
Amirudin, Aminuddin, dan Nik Nazmi mengumumkan mereka akan pertahan kedudukan masing-masing.