
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Muhammad Mohan, yang melengkapkan penggal enam tahun.
TI-M berkata, Raymon sebelum ini merupakan setiausaha agung, selain berpengalaman luas dalam memerangi jenayah ekonomi.
“Sepanjang kerjayanya, Raymon mengetuai sejumlah siasatan fraud korporat dan inisiatif pemulihan aset,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat agung tahunan.
“Beliau juga menjadi pemudah cara pelbagai program latihan antifraud untuk agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan dan entiti sektor swasta.”
Kata kenyataan itu, Raymon turut menyumbang dengan signifikan misi TI-M mempromosi ketelusan dan integriti di Malaysia sebagai setiausaha agung.
Turut terpilih bagi penggal baharu adalah Timbalan Presiden Chew Phye Keat, Setiausaha Agung Nuridzuana Ismail, dan Bendahari Geetha Rubasundram.
Enam ahli jawatankuasa eksekutif adalah Nisha Kamilla Sundra Rajoo, Muhammad Nazri Shaidon, Balbeer Singh, Sahul Hamid Mohamed Maiddin, Zalily Zaman Khan, dan Fareedah Kamarulzaman.