SPRM siasat kes pengubahan wang haram, penyelewengan dalam Sapura Energy

SPRM siasat kes pengubahan wang haram, penyelewengan dalam Sapura Energy

Kertas siasatan itu babitkan tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat berkenaan dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad, menurut sumber.

sprm macc
SPRM mengesahkan kertas siasatan dibuka bawah Akta SPRM dan AMLATFPUAA selepas terima maklumat melibatkan Sapura Energy Berhad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat melibatkan Sapura Energy Berhad, menurut sumber.

Sumber memberitahu bahawa kertas siasatan itu menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan, melibatkan tuntutan-tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.

“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

Menurut sumber, siasatan ini berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung 2023, yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat membabitkan syarikat berkenaan.

Mengesahkan perkara ini, Ketua Pesuruhjaya Azam Baki memaklumkan kertas siasatan dibuka bawah Akta SPRM dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.