Dana bukan untuk beli alkohol, kata bekas ketua Badan Peguam Selangor

Dana bukan untuk beli alkohol, kata bekas ketua Badan Peguam Selangor

V Kokila Vaani berkata alkohol jika dihidang sentiasa ditaja entiti swasta atau individu.

malaysian bar
Bekas ketua ketua Badan Peguam Selangor, V Kokila Vaani, berkata mesej berlegar meminta peguam Muslim hadir pada mesyuarat agung untuk mengundi usul menolak alkohol disifat mengelirukan.
PETALING JAYA:
Bekas ketua Badan Peguam negeri menafikan dakwaan jawatankuasa Majlis Peguam dan Badan Peguam negeri menggunakan dana ahli untuk hidangan alkohol pada majlis rasmi.

Bekas ketua Badan Peguam Selangor, V Kokila Vaani, berkata jika dijamu ia sentiasa ditaja entiti swasta atau individu.

Kokila Vaani, yang kini ahli majlis dipilih, berkata dakwaan berlegar menerusi mesej WhatsApp dalam kalangan peguam kononnya “ratusan ribu ringgit” dibelanja bagi menghidangkan alkohol pada majlis Badan Peguam sebagai tidak benar.

Mesej berkenaan dari sumber tidak diketahui, mahu peguam Muslim tampil sepenuhnya pada mesyuarat agung tahunan Badan Peguam, pada Sabtu ini.

Mereka diminta mengundi menyokon usul dibawa jawatankuasa Badan Peguam Kedah melarang hidangan alkohol pada semua majlis badan itu.

“Usul sebelum ini dibentangkan pada 2017 oleh Allahyarham Amir Bahari, namun tidak berjaya kerana jumlah peguam Muslim rendah,” kata mesej tersebut.

Mengulas usul berkenaan, Kokila Vaani berkata, Perlembagaan Persekutuan mencerminkan aspirasi masyarakat pelbagai budaya dan kaum.

“Kita mesti melihat kepada kebebasan asas memilih dan menghormati semua kebebasan dijamin di bawah Perlembagaan,” katanya kepada FMT.

“Kita mesti tidak menyokong sebarang bentuk diskriminasi terhadap hak orang lain mengambil alkohol. Kita mempunyai kepercayaan agama sendiri dan kita mesti menghormatinya kepercayaan orang lain.”

Katanya, peguam sentiasa diharapkan berkelakuan dengan maruah dan adab, menghormati peranan mereka sebagai penegak undang-undang dan pembela keadilan.

“Ketika saya mempengerusi Badan Peguam Selangor, kos menghidangkan minuman beralkohol sentiasa ditanggung penaja. Wang dibayar ahli tidak pernah digunakan bagi tujuan itu,” katanya.

“Kita sentiasa ambil kira sensitiviti ahli beragama Islam dan menghormati mereka. Jadi, kita sentiasa memastikan wang ahli kami tidak digunakan membeli dan menghidangkan alkohol dalam majlis jawatankuasa Badan Peguam negeri.”

Pada Isnin, FMT melaporkan usul dicadang menyatakan pengambilan alkohol mempunyai risiko kesihatan yang terbukti mengundang risiko, termasuk penyakit hati, ketagihan, dan kesan kesihatan mental yang buruk.

Katanya, hidangan alkohol pada majlis dianjurkan Badan Peguam dan jawatankuasa negeri mungkin menyumbang kepada tingkah laku tidak profesional dan mewujudkan potensi liabiliti kepada organisasi.

Usul itu menyatakan, hidangan alkohol pada majlis seperti itu tidak sejajar dengan komitmen organisasi mempromosi kesihatan dan persekitaran baik kepada ahlinya.

Usul berkenaan turut menyatakan pengecualian alkohol dan bahan memabukkan mampu mengurangkan ketidakselesaan dan kejanggalan pengalaman kepada segmen ahli tertentu, terutama peguam Muslim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.