Mangsa banjir Sabah catat penurunan

Mangsa banjir Sabah catat penurunan

Ia berkurangan kepada 1,830 orang daripada 657 keluarga setakat 8 pagi tadi.

pps
Beaufort mencatatkan 1,343 mangsa yang berada di enam PPS, diikuti Tenom dengan 466 orang mangsa dan Membakut pula melibatkan 21 orang mangsa. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 1,830 orang daripada 657 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 2,308 orang daripada 803 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Beaufort mencatatkan 1,343 mangsa daripada 450 keluarga di enam PPS, manakala Tenom 466 orang daripada 200 keluarga di enam PPS dan Membakut 21 orang daripada tujuh keluarga di sebuah PPS.

“Sebanyak 40 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 20 di Tenom dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.