
Perintah reman sehingga Selasa depan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.
Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata suspek telah ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang kini berusia 18 tahun, telah tampil membuat laporan di balai polis pada 3.38 petang semalam.
“Pihak polis turut merampas sebuh kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan,” katanya.
Razi berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa.