Perhimpunan Agung Umno 20-23 Ogos

Perhimpunan Agung Umno 20-23 Ogos

Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata persidangan Umno cawangan akan diadakan pada 7 April hingga 25 Mei ini.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata mesyuarat bahagian akan berlangsung dari 9 Jun hingga 27 Julai ini.
PETALING JAYA:
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT)  menetapkan Perhimpunan Agung Umno 2025 bermula 20 hingga 23 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata persidangan Umno cawangan akan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei ini.

“Mesyuarat Umno bahagian akan berlangsung pada 9 Jun hingga 27 Julai,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Asyraf berkata, Umno memandang serius isu semasa berkaitan sensitiviti agama, kaum dan kedudukan institusi raja-raja Melayu sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

“Umno tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh atau mencabar asas penting yang menjadi teras kestabilan negara, terutama kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan keistimewaan Melayu Bumiputera tanpa menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya dijamin Perlembagaan.”

Sementara itu, Umno turut mengesahkan komitmennya untuk menggerakkan jentera parti dari seluruh negara bagi membantu calon perpaduan pada PRK Ayer Kuning 26 April ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.