
Rapid Rail Sdn Bhd berkata insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
“Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa. Semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan manakala satu jawatankuasa khas akan menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan selamat.
Anggota polis bantuan tambahan ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.
“Rapid Rail memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini,” katanya.