Cubaan seludup mi segera RM207,000 gagal

Cubaan seludup mi segera RM207,000 gagal

Seorang lelaki dipercayai penghantar mi segera disyaki diseludup dari negara jiran ditahan.

Mi segera yang dirampas PGA dalam sekatan jalan raya di Pasir Mas, semalam. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup puluhan kotak mi segera jenama Zow-Zow dianggarkan bernilai RM207,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan sekitar 6.30 petang.

Beliau berkata, seorang pemandu lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai bertindak sebagai penghantar mi segera yang disyaki diseludup dari negara jiran turut ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983, dan hasil rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.