
Tertuduh, Muhammad Lukman Hamidon, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor, lapor Berita Harian.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada 1.30 pagi, 28 Sept lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung anak perempuannya dirogol tertuduh.
Di mahkamah sama juga seorang pembantu kedai makan dipenjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah merogol kenalan di sebuah hotel di Batu Pahat, dua tahun lalu.
Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Che Heng, 25, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dan juga rayuan dibuat tertuduh.
Dia didakwa merogol remaja berusia 15 tahun di sebuah hotel pada 6 petang, 2 Mac 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala semua tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.
Mahkamah turut memerintahkan Loh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.