Pemuda Umno sokong cadangan sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN culas

Pemuda Umno sokong cadangan sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN culas

Dr Akmal Saleh berkata langkah memperkenalkan semula tindakan itu perlu kerana peminjam bertanggungjawab bayar hutang PTPTN.

ptptn menara
Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mustapha Sakmud berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN gagal membayar balik pinjaman.
KANGAR:
Pemuda Umno bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas bayar balik pinjaman.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

“Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Program Santai Moreh bersama Pemuda Umno Perlis di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mustapha Sakmud di Dewan Negara semalam, bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN gagal membayar balik pinjaman.

Mustapha berkata kaedah itu antara langkah dipertimbangkan bagi memperkasakan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.