
Malaysia selaku pengerusi Asean juga mempengerusikan EAS iaitu mesyuarat tahunan ketua-ketua kerajaan, yang terdiri daripada negara anggota Asean, Jepun, Korea Selatan, China, India, Australia dan New Zealand, serta AS dan Rusia.
Undangan tersebut disampaikan oleh Anwar kepada Duta Besar AS, Edgard D Kagan, yang mengadakan kunjungan hormat di Putrajaya petang tadi.
“Kami turut menyentuh soal kepengerusian Asean 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika Syarikat,” kata Anwar di Facebook.
Dalam perkembangan sama, Anwar dan Kagan turut membincangkan soal hubungan dua hala.
“Kami juga memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal,” katanya.
Persidangan pertama EAS di adakan di Kuala Lumpur pada 2005. Sejak itu sebanyak 19 sidang diadakan dengan yang terakhir di Vientiane, Laos.