
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lebih 10 penyerang dilengkapi senjata api itu tiba dengan sebuah pikap dan kereta.
“Mereka kemudian melepaskan tembakan ke arah pangkalan, di mana dua sukarelawan polis ditempatkan. Seorang daripadanya meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi disahkan maut di Hospital Sungai Golok.
“Pemandu kereta itu juga dilihat memandu ke dalam pejabat (Pejabat Tanah Sungai Golok) sebelum keluar dari tempat itu. Penyerang kemudian meninggalkan lokasi dengan menaiki pikap.
“Tidak lama kemudian, bom itu mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang,” katanya menurut Berita Harian.
Media sebelum ini melaporkan dua sukarelawan polis maut dan lapan lagi cedera dalam tembakan serta letupan bom di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok malam tadi.
Dua sukarelawan terkorban itu dikenali Muhammad Sabri Nasawan and Todsapon Paipim.
Jurucakap polis Sungai Golok berkata, serangan itu berlaku di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi dekat Big C, pusat membeli-belah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aphichet percaya serangan itu bertujuan menimbulkan huru-hara di bandar sempadan selatan Thailand itu.