Bubur lambuk air tangan Tengku Ampuan Pahang istimewa untuk penghuni Penjara Penor

Bubur lambuk air tangan Tengku Ampuan Pahang istimewa untuk penghuni Penjara Penor

Program Memasak Bubur Lambuk Tengku Ampuan Pahang bersama penghuni penjara bermula 2023.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibantu Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah memasak bubur lambuk Pahang khas di Penjara Penor.
PETALING JAYA:
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak bubur lambuk Pahang khas untuk juadah berbuka puasa bagi penghuni Penjara Penor di Kuantan, Pahang, hari ini.

Tunku Azizah diiringi Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah.

Baginda dibantu kira-kira 50 prospek yang mula memasak sejak pukul 7.30 pagi dan berjaya menyiapkan kira-kira 2,000 bekas.

Selepas siap memasak pada 1 petang, baginda sendiri mengagihkan kepada sebahagian penghuni dengan dibantu Tengku Puteri Ilisha.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membungkus bubur lambuk untuk hidangan berbuka puasa bersama prospek.

Untuk rekod, Program Memasak Bubur Lambuk Tengku Ampuan Pahang bersama penghuni penjara ini bermula 2023 di Penjara Penor, Penjara Bentong dan Penjara Marang, Terengganu.

Terdahulu, Tunku Azizah turut melawat Bengkel Tenun Pahang Diraja Penjara Penor bagi menyantuni prospek dan mengurniakan kuih raya serta kerepek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.