
Kematian lelaki 23 tahun itu pada 10.20 pagi semalam disahkan pegawai perubatan selepas dirawat di unit rawatan rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Ketua Polis Arau, Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan pusat tahanan itu selepas satu laporan polis dibuat pada 1.37 tengah hari semalam.
“Berdasarkan maklumat, banduan dari Ulu Melaka, Langkawi itu ditahan di pusat koreksional sejak 17 Dis lalu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
“Namun, pada 5.45 petang Khamis lalu, mangsa dikejarkan ke HTF selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air,” katanya menurut Berita Harian.
Pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa cedera di bahagian hati dan sebahagian usus.