
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri yang melancarkan koleksi khas itu berkata ia bertujuan meraikan sumbangan wanita kepada negara.
“Koleksi ini bagi menghargai sumbangan wanita terkenal yang ditampilkan (dalam koleksi ini) dan kepentingan wanita dalam masyarakat kita,” katanya selepas majlis pelancaran itu.
Nancy berkata, kementeriannya berharap dapat melihat lebih ramai pemimpin wanita menerajui pelbagai sektor, seperti ekonomi dan politik.
Menurut Pos Malaysia, tema sambutan tahun ini “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” merangkumi hasratnya untuk masa depan lebih inklusif buat wanita.
Koleksi ungu itu mengandungi setem pos, sampul surat dan poskad. Setiap folder berharga RM38.10 yang termasuk dua reka bentuk setem, sampul surat hari pertama dicap logo istimewa serta poskad.
Koleksi itu boleh dibeli di pejabat pos terpilih atau dalam talian.