Banjir di Melaka hampir pulih

Banjir di Melaka hampir pulih

Hanya sembilan mangsa daripada tiga keluarga masih berlindung di sebuah PPS setakat 8 pagi tadi berbanding 32 orang pada 8 malam tadi.

pps
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Kamarulsyah Muslim berkata sembilan mangsa itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Banjir yang melanda Melaka sejak Khamis lalu kini hampir pulih dengan hanya sembilan mangsa daripada tiga keluarga masih di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi berbanding 32 orang daripada 11 keluarga pada 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Kamarulsyah Muslim berkata semua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin.

“Satu lagi PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga ditutup 10.40 malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Melaka Tengah dan Jasin dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak 11 malam Rabu menyebabkan kira-kira 37 kawasan dinaiki air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.