Anggun bergaya dengan fesyen raya terkini di KWC

Anggun bergaya dengan fesyen raya terkini di KWC

Kempen Lip Lap Ria Raya KWC Fashion Wholesale bermula 1 hingga 30 Mac ini bakal beri kepuasan pengalaman beli belah dengan tawaran fesyen terkini.

KWC Fashion Wholesale menawarkan fesyen terkini dan lengkap untuk menambah keanggunan seisi keluarga sempena sambutan hari raya.
PETALING JAYA:
Mahu tampil bergaya dan dengan pakaian fesyen terkini bersama insan tersayang pada Aidilfitri nanti? KWC Fashion Wholesale (KWC) destinasi tepat untuk anda.

Terletak di lokasi strategik di tengah ibu kota Kuala Lumpur, KWC bakal mengadakan kempen Lip Lap Ria Raya bermula 1 hingga 30 Mac—menjanjikan pengalaman membeli-belah yang meriah dan penuh gaya.

Dari baju Melayu, baju kurung, kurta, tudung, abaya, hingga kebaya, pelbagai pilihan menarik ditawarkan mengikut trend terkini untuk memastikan anda tampil anggun dan bergaya.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan busana raya impian anda di KWC-semuanya di bawah satu bumbung.

Untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan, KWC Mall menyediakan panduan fesyen terkini kepada anda untuk bergaya menyambut Syawal kelak

Warna dan fesyen popular

(dari kiri) 1. Baju kurung kedah kanak-kanak (Little Cutie, Lot 3A-16), beg manik (Bee kim lot G-95), cekak rambut mutiara (Elena lot 6-07), 2. Abaya chiffon (Isra Couture, Lot 3A-88), tudung satin (Aweenda Hijab, Lot LG-13), 3.Kebaya labuh biru abstract dan selendang renda (Harry Collection, Lot 3A-06), 4. Baju kurung renda dan baju kurung peplum kanak-kanak (AK Collection, Lot 5-61&62), 5. Beg acrylic (Bee Kim, Lot G-95), set aksesori permata (El Pave, Lot 5-39), 6. Kedai Sekali Lafaz, Lot 3A-39.

Warna pastel seperti biru muda, ungu, dan merah dijangka terus menjadi pilihan utama, di samping rona elegan seperti burgundy, magenta, dan zaitun yang dipadukan dengan motif keemasan. Satin rich brown juga semakin mendapat tempat, sementara warna-warna klasik seperti hijau zamrud, biru diraja, putih, dan hitam kekal sebagai kegemaran ramai.

Seiring dengan permintaan dan trend semasa, KWC menjangkakan baju kurung moden dengan sentuhan elegan akan menjadi tumpuan. Untuk memastikan keselesaan, rekaan pakaian dibuat dengan potongan lebih longgar dan santai, sesuai untuk semua bentuk tubuh, terutamanya mereka yang bertubuh gempal.

Dari segi fabrik, elemen 3D seperti corak sulaman, songket, dan renda akan menjadi tarikan utama, selain reka bentuk bercetak bermotif bunga. Kain batik dan corak berulang dengan teknik 8D printing pada fabrik mango satin juga akan menyerlahkan sisi mewah dan eksklusif pemakainya.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan koleksi abaya berhias berlian buatan dan manik, serta pelbagai pilihan hijab, selendang, dan aksesori bagi melengkapkan gaya mereka.

(dari kiri) 1.Baju Melayu teluk belanga dewasa dan kanak-kanak, tengkolok, sampin kanak-kanak (Salmina Enterprise, Lot 5-53), sampin dewasa (E-smart Way, Lot 3-27), 2.Kurta Petak dan Kurta Merah (Seri Maharani, Lot 1-91), kain pelekat (Aelinn Enterprise, Lot 3-33A), songkok (Sekali Lafaz, Lot 3A-39), 3. Kedai pakaian batik (The Batik & Craft, Lot 3-51), 4.Kedai pakaian lelaki (Tone & Mann, Lot 3-40).

Bagi pelanggan lelaki, mereka boleh mendapatkan baju Melayu, kurta, kain sampin, songkok, jubah dan pelbagai jenis kemeja batik dari Malaysia atau Indonesia.

Baju Batik – terdapat dalam lengan panjang dan pendek. Pembeli boleh memilih mengikut pilihan mereka. Dari segi warna, ia sangat versatil termasuk gabungan warna berani (colour blocking) untuk mencipta gaya yang menonjol. Rekaan baju batik terkini yang pasti memenuhi cita rasa generasi muda, di mana rekaannya kelihatan lebih bertenaga dan segar.

Kurta dan Baju Melayu – koleksi fesyen lelaki paling meluas di KWC. Tersedia dalam pelbagai warna dan potongan, dari slim fit hingga loose fit.

Ia datang dengan semua saiz, rekaan dan warna.

Barangan kelengkapan sembahyang, Ramadan

(dari kiri) 1.Telekung renda (merah jambu) , tas telekung, telekung sulam kanak-kanak dan telekung renda (kelabu), (Telekung Nurjannah, Lot 2-58) 2. Tasbih kristal, tasbih kayu, tasbih digital dan sejadah, (Bazaar Arab, Lot 1-16), 3.Kurta dewasa dan kopiah (FA Fatimah Abayat, Lot G-13),4.Jubah kanak-kanak (Elda, Lot 1-41), rida (FA Fatimah Abayat, Lot G-13). 5.Kedai kelengkapan peralatan solat dan sunnah (Bazaar Arab, Lot 1-16)

KWC juga menawarkan pelbagai barangan kelengkapan untuk beribadat sepanjang bulan Ramadan atau Aidilfitri ketika pulang ke kampung halaman.

Di sini anda boleh mendapatkan sejadah, telekung, kompas kiblat dan digital tasbih, kesemuanya mudah di bawah ke mana sahaja.

Diperbuat daripada kain kapas, satin dan kalis air, telekung dijual juga menampilkan rekaan baharu.

Bagi yang ingin membeli abaya, KWC menampilkan trend terkini yang berinspirasikan sentuhan Dubai – dihiasi mewah dengan kristal, renda, atau sulaman, melambangkan kemewahan dan fesyen tinggi. Ia sesuai untuk mereka yang mencari keanggunan dan busana mencuri perhatian.

Tidak ketinggalan jubah juga boleh di sini, ia menampilkan pengaruh gaya Arab. Sesuai untuk lelaki yang mengutamakan cita rasa elegan dan penampilan sopan.

Orang ramai juga boleh membeli bukhoor, iaitu sejenis wangian dari kayu gaharu yang asli dan wangian sunnah yang mampu membangkitkan aura diri.

Jika anda pernah ke Tanah Suci pasti bau kayu gaharu/bakhoor akan mengembalikan memori ketika menunaikan ibadah ke tanah suci.

Anda boleh mendapatkannya di KWC yang turut menjual al-Quran, madu dan kurma.

Ganjaran istimewa

Sepanjang kempen Lip Lap Ria Raya KWC turut memberikan ganjaran kepada pembeli yang berpeluang mendapat bekas hidangan seramik dan sampul raya eksklusif.

Sempena Ramadan juga, pengunjung boleh menikmati hidangan istimewa seperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi ayam, nasi minyak, nasi lemak berlauk, martabak, shawarma dan kuih muih di karnival dibuka di KWC bermula 3 petang hingga 8 malam.

KWC juga akan menganjurkan program Sinar Ramadan diadakan pada Nuzul al-Quran dengan kerjasama Iltizam Relief dan Persatuan Penduduk Sri Selangor.

Menerusi program tanggungjawab sosial korporat pada 3 petang, 18 Mac itu, pengurusan KWC akan menyumbangkan bubur lambuk yang akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Sharifah Shahirah dan kumpulan nasyid Saujana.

Pengalaman membeli-belah di KWC juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Iskandar Projector (2 petang 9 Mac), Ani Mayuni (2 petang 16 Mac), Saujana (2 petang 18 Mac) dan Aisha Retno (2 petang 23 Mac).

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial KWC iaitu www.facebook.com/KWCfashionwholesale, instagram @kwcfashionwholesale dan tiktok.com/@kwcfashionwholesale atau laman sesawang www.kenangacity.com.my

Bagi memudahkan pencarian di media sosial, gunakan tanda pagar #KWCLipLapRiaRaya #KWCFashionWholesale #ilovefesyenpadahargaborong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.