
Azlan Sudin dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas mencuri wang itu dan beg Prada hitam milik Lee Hooi Leng, 35, di sebuah kondominium di Twin Arkz, Bukit Jalil kira-kira 5.45 petang 21 Feb lalu.
Azlan, 45, didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang dibaca bersama
Seksyen 34 memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Farah Nabihah Dan menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 21 Mei nanti.
Azlan diwakili peguam Huang Yee Ching, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mengetuai pendakwaan.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Azlan turut mengaku tidak bersalah sengaja tidak menahan seorang individu, di mana dia bertanggungjawab menangkapnya secara sah.
Dia didakwa sengaja membenarkan Tan Hou, 35, yang disiasat atas kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, mengelak ditahan di lobi stesen balai polis Bukit Jalil kira-kira 6.50 petang 21 Feb lalu.
Azlan didakwa mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Noorelynna Hanim Halim membenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 Mei ini.