
Majistret Mohamad Azlan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap C Murli, 47, dan memerintahkannya dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Dia didakwa memecah masuk ke pejabat Pusat Khidmat Adun Komtar yang digunakan sebagai pejabat pentadbiran untuk mencuri wang utiliti pejabat berkenaan pada 8.11 malam, 26 Dis 2024.
Menurut fakta kes, pada 27 Dis 2024, seorang pekerja pejabat Adun Komtar mendapati laci mengandungi beg berisi wang tunai dalam keadaan berselerak, dan wang tunai berjumlah RM7,259 yang diperuntukkan untuk pembayaran utiliti hilang.
Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh memecah masuk pejabat tersebut pada 8.11 malam, 26 Dis serta mencuri wang berkenaan. Selain itu, cap jari tertuduh turut ditemukan di lokasi kejadian.
Terdahulu, Murli yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM50 sehari.
Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.