
Ketua Polis Kuala Selangor, Azharudin Tajudin, berkata suspek 45 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Selangor kira-kira 4.15 petang Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih dijalankan sama ada suspek terlibat dengan kongsi gelap atau sebaliknya,” katanya menurut Sinar Harian.
Sebelum ini, beberapa video tular memaparkan kekecohan, di mana seorang wanita mendakwa menerima ugutan jenayah “angkat parang” daripada seorang lelaki ketika mesyuarat agung PKR Kuala Selangor pada 1 Mac lalu.
Semalam, Azharudin dilaporkan berkata, kertas siasatan dibuka atas dakwaan ugutan jenayah “angkat parang” pada mesyuarat agung tahunan PKR Kuala Selangor, selepas pihaknya menerima laporan pada 1 Mac lalu.