Wartawan Malaysiakini ditahan kes rasuah bebas dengan jaminan

Wartawan Malaysiakini ditahan kes rasuah bebas dengan jaminan

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
PETALING JAYA:
Seorang wartawan Malaysiakini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah dibebaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata lelaki terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya tamat.

“Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan,” katanya lapor Bernama.

Azam berkata beberapa individu lain akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Sabtu lalu, seorang wartawan Malaysiakini ditahan SPRM kerana didakwa menerima rasuah daripada ejen berurusan dengan pekerja asing.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azam menafikan penahanan itu berkait penerbitan artikel portal tersebut baru-baru ini berkaitan kartel pemerdagangan warga asing.

Azam berkata, wartawan itu pada mulanya meminta RM100,000 daripada ejen terbabit sebagai balasan tidak menyiarkan dua artikel mengenai ejen dikatakan.

Beliau berkata, jumlah wang akhirnya dikurangkan kepada RM20,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.